Andalusia tinggalan Tamadun Islam

PEPOHON buah-buahan melengkapkan keindahan sebagaimana gambaran PEPOHON buah-buahan melengkapkan keindahan sebagaimana gambaran sifat syurga itu.

KESAN-kesan peninggalan pemerintahan Islam di Sepanyol pada awal kurun ke-8 banyak menarik perhatian kita. Contohnya beberapa bangunan yang masih utuh hingga sekarang seperti Alhambra yang terletak di Granada, Masjid Cordoba dan Taman Real Alcazar di Seville.

KESAN-kesan peninggalan pemerintahan Islam di Sepanyol pada awal kurun ke-8 banyak menarik perhatian kita. Contohnya beberapa bangunan yang masih utuh hingga sekarang seperti Alhambra yang terletak di Granada, Masjid Cordoba dan Taman Real Alcazar di Seville.
Taman Real Alcazar atau sering disebut The Royal Alcazar Palace adalah salah satu peninggalan sejarah kejayaan Islam di Sepanyol (Andalus). Bangunan ini didirikan pada awal kurun ke-10 zaman pemerintahan Abdul Rahman 111 iaitu pada tahun 913.
Pembangunan gedung-gedung dan juga taman-taman yang ada di sekitarnya pada masa itu bolehlah disebutkan tidak berlebihan sebagai daripada impian dan tamadun sebuah syurga yang dipotret atau digambarkan di dalam al-Quran.
Syurga ialah sebuah lokasi yang sangat indah yang menjadi impian bagi setiap penganut Islam setelah mengalami kematian. Di dalam hadis juga tempat ini disebutkan sebagai tempat indah yang belum pernah dilihat mata, didengar telinga serta terlintas di hati manusia.
Antara sifat-sifat syurga yang terdapat dalam beberapa surah iaitu;

1 Surah al-Hijr, ayat 45-48 yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu dalam taman-taman syurga dan (dekat) mata air (yang mengalir). Dikatakan kepada mereka: Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera dan aman. Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang ada dalam hati mereka, Mereka merasa bersaudara, duduk berhadapan di atas tilam-tilam, mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka tidak akan dikeluarkan darinya.

2 Surah al-Kahfi, ayat 30-31 yang bermaksud: Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalannya dengan baik. Mereka itulah orang-orang yang mendapatkan syurga ‘Adn, sungai-sungai mengalir di bawahnya, dalam syurga itu mereka diberi perhiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan tebal dan mereka duduk sambil bersandar di atas tilam-tilam yang indah, itulah pahala yang sebaik-baiknya dan tempat istirehat yang indah.

3 Surah ad-Dukhan, ayat 51-57 yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada pada tempat yang aman (iaitu) dalam taman-taman dan mata air. Mereka memakai sutera yang tebal, (duduk) berhadapan. Demikianlah, dan Kami berikan kepada mereka bidadari. Di dalamnya mereka meminta segala macam buah-buahan dengan aman (dari segala kekhuatiran), mereka tidak akan pernah merasakan mati di dalamnya, kecuali mati di dunia, dan Allah memelihara mereka dari seksa neraka sebagai kurniaan daripada Tuhanmu, yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar.

Dari beberapa surah al-Quran yang disebutkan di atas, dapat disimpulkan bahawa syurga mempunyai sifat-sifat yang memiliki taman-taman, buah-buahan, mata air yang mengalir, sungai yang mengalir dan pohon-pohon.
Walaupun telah disebutkan dalam hadis bahawa syurga belum pernah dilihat mata, didengar telinga, serta terlintas di hati manusia, namun sekurang-kurangnya sifat-sifat yang disebutkan di dalam al-Quran itu dapat diapresiasikan pada sebuah bangunan untuk dirasakan keindahannya di dunia.
Salah satu contoh penerapan sifat-sifat syurga yang dijelaskan dalam al-Quran diimplementasikan pada bangunan Taman Real Alcazar. Para arkitek telah cuba menerapkan dengan menghadirkan bangunan yang dikelilingi oleh taman, adanya air pancuran dan airnya yang mengalir serta pepohon yang boleh dipetik buahnya.
Sebagai ruang umum, kawasan dan juga ruang transisi menuju bangunan yang lebih relevan, dihadirkan taman-taman yang tumbuh pelbagai jenis pepohon tanaman lainnya. Kesan sejuk dan kehijauan dalam kawasan ini memberikan keserasian warna-warni dengan bangunan yang didominasikan warna merah bata. Komposisi dua warna ini sering kita jumpai pada tanaman dan tanah yang memberikan sumber makanannya.
Ruang terbuka menghijau ini akan sering dijumpai pada hampir semua bahagian depan bangunan. Beberapa taman-taman tersebut dihiasi dengan kolam air dan di antara kolam-kolam air itu mengalir air yang berasal daripada air pancuran. Para arkitek sengaja membuat adanya aliran air untuk menciptakan suasana aliran sungai yang digambarkan di dalam al-Quran.
Dalam Taman Real Alcazar ini juga, para penghuni dimanjakan juga untuk menikmati buah-buahan yang sengaja dihadirkan untuk memecah warna hijau daun yang mendominasi warna di dalam taman. Warna kuning buah, sangat anggun ketika terlihat muncul di antara daun-daun yang berusaha menutupinya.
Pada air pancurannya pula telah memberikan kesan air mengalir seperti aliran air pada sungai konsep syurga. Seni geometri dan kaligrafi yang merupakan warisan budaya Islam juga turut terpesona dalam mencantikkan bahagian luar dan dalam bangunan berkenaan.
Pujian atas nama Allah SWT dan kalimah-kalimah-Nya juga dituangkan dalam kesenian kaligrafi, iaitu kesenian berupa tulisan Arab pada bidang datar. Pada umumnya kaligrafi mengambil daripada ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran. Kesenian itu bermotif dengan kesenian geometri dan juga konsep hijau pada beberapa bahagian dinding bangunan ataupun pada bahagian fasa bangunan.
Ternyata bangunan warisan peninggalan peradaban Islam di Andalus, Sepanyol itu, merupakan potret bangunan yang indah seperti cerminan syurga yang digambarkan dalam  al-Quran. Wallahu’alam.

 

iamen & Quanzhou pintu masuk agama Islam

Perjalanan Islam di China melalui episod panjang, kisah jatuh bangun masyarakat Islam di negara berkeluasan lebih sembilan juta kilometer persegi sudah tentu mempunyai catatan sejarah tersendiri.

Berkunjung ke negara yang terkenal dengan sejarah tamadun panjang di dunia merupakan cara paling tepat menerokai perjalanan Islam di sana.

Kesempatan menyertai rombongan agensi pelancongan, Mayang Sutera Holidays Sdn. Bhd. (Mayang Sutera) ke Xiamen dan Quanzhou, membolehkan penulis berbuat demikian.

Quanzhou terletak dalam wilayah Fujian di tenggara China antara destinasi perlu dilawati kerana menyimpan sejarah tersurat dan tersirat.

Antara batu nisan yang terdapat di Pusat Islam Quangzhou.

Antara batu nisan yang terdapat di Pusat Islam Quangzhou.

– See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/xiamen-amp-quanzhou-pintu-masuk-agama-islam-1.14478#sthash.nE0onQ6s.dpuf

 

Antara khazanah berharga – kompleks kubur menempatkan jasad dua sahabat Nabi Muhammad SAW dikenali dengan nama Cina, Sa-Ke-Zu dan Wu-Ko-Su di Bukit Lingshan.

Menziarahi kubur dua sahabat Rasulullah yang datang ke Quanzhou semasa pemerintahan Wu-De (618-626) pada awal zaman Dinasti Tang bersama rombongan Saad bin Abi Waqqas adalah satu kemestian menghayati jerit payah menyampaikan dakwah Islam.

Kubur dua pendakwah dijaga dengan baik dan jelas kelihatan kawasan di Bukit Lingshan dalam keadaan bersih kerana dianggap suci selain dipelihara oleh kerajaan China kerana nilai sejarah.

Menurut catatan batu bersurat di situ, Laksamana Zheng He (1371 -1433) atau nama Cheng Ho di Malaysia – pernah melawat kompleks kubur tersebut sebelum melakukan pengembaraan ke lebih 30 negara dan wilayah di Asia dan Afrika.

Masjid Qinjing berusia lebih seribu tahun terletak di Jalan Tumen, Quanzhou kira-kira 10 minit perjalanan dari kompleks kubur sahabat Rasulullah, destinasi perlu dikunjungi umat Islam.

Masjid yang dibina pada 1009 menjadi saksi perjalanan umat Islam yang pernah memberi sumbangan besar kepada Quanzhou hingga mendapat jolokan Zaitun – sebuah pelabuhan penting bagi Laluan Sutera Maritim ketika zaman pemerintahan Dinasti Song (960-1279).

Masjid Qingjing atau Ashab mempunyai persamaan dengan seni bina masjid di Syria menggambarkan hubungan pernah terjalin antara masyarakat Arab dan rakyat China ketika itu.Masjid berkeluasan 2,500 meter persegi terbahagi kepada tiga ruang besar dan memiliki empat pintu gerbang.

Apabila melangkah masuk, tersergam 99 gerbang kecil melambangkan 99 nama Allah.

Gerbang masjid dibina menggunakan granit putih dan direka mengikut empat bentuk kubah.

Memandangkan usia masjid melebihi seribu tahun, ia pernah menjalani beberapa siri ubah suai dan baik pulih semasa pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming. Catatannya dapat dilihat pada rekod batu bersurat di dalam masjid.

Masjid Qinjing menjadi saksi Islam pernah mempunyai pengaruh besar dalam pemerintahan China, ini dapat dilihat pada catatan diraja di bahagian utara masjid yang mahu Islam dilindungi pada tahun kelima (1407) pemerintahan Maharaja Yong Le ketika era Dinasti Ming.

Seiring perubahan pemerintahan di China yang silih berganti, keadaan fizikal masjid turut berubah. Jangan terkejut, dewan solat asal sudah tidak digunakan hanya tinggal struktur tiang dan hamparan rumput hijau menyambut pengunjung. Dewan solat lebih kecil berada di sebelah dewan asal.

Kami tetap bersyukur kerana berpeluang menunaikan solat di masjid bersejarah bersama imamnya Ibrahim Yunus, dan pengalaman merasai cara umat Islam di Quanzhou mengamalkan cara hidup mentauhidkan Allah.

Ruang yang ada kami guna sebaik-baik mungkin untuk beramah mesra dan bertanya kehidupan masyarakat Islam Quanzhou pada era zaman Republik Rakyat China (PRC) kini. Komunikasi kami dibantu Pengurus Besar Mayang Sutera, Datuk Azizul Rahim Saedin.

Imam berumur 47 tahun itu menjelaskan, kini hanya tinggal sekitar 40,000 umat Islam di bandar yang mempunyai populasi 8 juta kerana kebanyakan sudah berhijrah ke bandar lain.

“Biarpun begitu, masjid ini antara yang tertua di China tidak pernah lekang daripada kunjungan jemaah Islam bersolat. Pada sesuatu masa, dewan solat dipenuhi 70 jemaah dan hampir 100 orang ketika solat Jumaat,” kata bapa kepada dua anak itu.

Lain pula nasib Masjid Xiamen, terletak lebih sejam perjalanan dari Quanzhou, kini tidak seperti rupa asal ketika dibina pada hujung pemerintahan Dinasti Qing (1616-1911) di Jalan Gongyuan Nan.

Masjid itu sebaris kawasan bangunan kedai, terletak di atas bangunan lima tingkat. Bagi mereka yang pertama kali berkunjung, pasti tidak sedar kewujudannya melainkan gambar kubah sebagai penanda.

Menurut Imam Masjid Xiamen dikenali sebagai Ibrahim, rumah ibadat berusia 200 tahun itu terpaksa dirobohkan untuk memberi ruang pembangunan kawasan sekitar seperti dirancang kerajaan China.

“Masjid Xiamen merupakan satu-satu masjid di bandar yang mempunyai populasi penduduk sebanyak tiga juta. Daripada jumlah itu, terdapat sebanyak 6,000 keluarga Islam merangkumi 10,000 penduduk Islam,” ujarnya

– See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/xiamen-amp-quanzhou-pintu-masuk-agama-islam-1.14478#sthash.nE0onQ6s.dpuf

Mercu tanda Islam Pattaya

MASJID Darul Ibadah yang terletak di Jalan Sukhomvit, Pattaya yang menjadi mercu tanda kemegahan Islam di bandar pelancongan itu.

APABILA bercerita tentang Pattaya di Thailand, perkara pertama terlintas di kepala setiap orang ialah kehidupan malamnya yang penuh berwarna-warni.

Kota pesisir pantai Teluk Siam yang sering menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelosok dunia tanpa mengira masa itu memang sinonim dengan pelbagai aktiviti yang tidak bermoral dan menjolok mata.

Urus niaga seksnya boleh dikatakan berlaku di mana-mana sahaja, sama ada di pinggir-pinggir pantai atau dilorong-lorong kecil yang diterangi kerlipa neon beraneka warna.

Walking Street sememangnya cukup popular di Pattaya hingga menjadi lokasi yang wajib dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang pernah tiba di Pattaya. Apa yang terdapat di Walking Street ini hanya mereka yang pernah mengunjunginya sahaja dapat bercerita mengeninya.

Tetaoi jangan lupa, di sebalik kehidupan malam dan aktiviti lorong di Pattaya yang terkenal di serata dunia, kota ini juga mempunyai komuniti Islam yang tetap berpegang teguh kepada ajaran agama.

Terletak di Jalan Sukhomvit, Pattaya, tersergam sebuah masjid yang sesak setiap kali jumaat dan sering menjadi tumpuan penduduk Islam di Pattaya.

Masjid Darul Ibadah itu bukannya satu-satunya masjid di puat peranginan itu. Ada empat lagi masjid di sekitar Pattaya.

Namun, Darul Ibadah merupakan yang terbesar dan kedudukannya pula berhampiran sebuah gereja yang mana kedua-duanya dipisahkan oleh tembok setinggi dua meter.

Jumlah penduduk Islam di Pattaya agak ramai yang mana mereka berasal dari wilayah Pattani termasuk ada yang berasal dari Malaysia dan Indonesia

Masjid Darul Ibadah ini mula dibina pada tahun 1942 yang mana ketika itu Pattaya masih lagi satu kawasan terpencil dan belum terkenal sebagai pusat peranginan.

Difahamkan imam dari Bangkok bernama Yusuf yang juga imam pertama masjid itu telah datang ke Pattaya dengan membuka penempatan baharu serta mengusahakan pertanian.

Selain membuka kampung dan membina rumah, Imam Yusof turut membina masjid yang ketika itu hanya dibuat daripada kayu di atas tanah miliknya yang kini diwakafkan sebagai tapak masjid tersebut seluas dua hektar.

Selepas 10 tahun, banguna kayu yang sebelum itu hanya dijadikan tempat sembahyang telah dikembangkan menjadi masjid. Sepuluh tahun kemudiannya pula masjid itu sekali lagi diubah suai dan sedekad selepas itu sekalagi diubah dan dijadikan bangunan dua tingkat.

Tingkat bawah untuk pengajian al Quran dan tingkat atas untuk sembahyang. Ketika itu semuanya masih dibuat daripada kayu sehinggalah sedekad kemudian apabila ia sekali lagi diubah suai menggunakan simen sepenuhnya.

Dalam tempoh 20 tahun terakhir ini baharulah masjid itu siap dibina sepenuhnya ekoran jemaah yang semakin meningkat dan menjadikannya sebagai masjid terbesar di Pattaya.

Menurut seorang jemaah yang ditemui, sebenarnya kira-kira lima tahub lalu baharulah masjid itu siap sepenuhnya seperti mana yang dapat dilihat hari ini hasil sumbangan dari negara-negara Islam seperti Kuwait dan Turki serta penganut Islam dari segenap pelosok Thailand.

Sejak dari hari pertama pembinaannya, Masjid Darul Ibadah sudah memiliki tujuh imama iaitu yang pertama Imam Yusuf Pianmana, Imam Salim Nutong, Imam H. Daud Makutsa, Imam Abdullah Long­sewan, Imam Muhammad Raksa­nga, Imam Ali Pradabyat, dan Imam Umar Alimin.

Selain sebagai, tempat untuk komuniti Islam di Pattaya beribadat, masjid ini juga menjadi tempat pengajian untuk anak-anak Muslim di kawasan ini.

Terdapat sekolah agama rendah dan sekolah agama menengah di sini yang memastikan Islam terus tersebar di bumi Pattaya.

Berkunjung ke Masjid Darul Ibadah ini memberikan satu persepsi yang cukup berbeza mengenai Pattaya. Masjid ini menunjukkan Pattaya buka sekadar hiburan melampau yang melepasi batasan kemanusiaan.

Pattaya sebenarnya memilik sisi bersihnya tersendiri yang sedia untuk diteroka oleh mereka yang berkunjung ke pusat peranganinan ini terutama yang beragama Islam.

 

Uniknya Masjid Cheng Ho

 

MASJID Mohamad Cheng Ho di Pasuruan, Surabaya sebagai penghormatan kepada sumbangan Laksamana Cheng Ho menyebarkan Islam dalam pelayarannya.

SENI bina cukup unik hingga sekali pandang orang tentu akan tersalah anggap bangunan ini sebagai sebuah rumah ibadat orang Cina.

Diliputi warna merah yang merupakan warna tradisi masyarakat Cina hampir keseluruhan bangunan bersama bumbung berwarna hijau sudah tentu ramai yang tidak menyangka ia merupakan sebuah masjid.

Dari jauh ia tidak kelihatan seperti sebuah masjid dan seni binanya pula tidak sama dengan masjid-masjid lain yang terdapat di Indonesia yang menggabung elemen Jawa dan Asia Barat.

Kerana keunikan itu ia telah mendorong pelancong untuk melihatnya dengan lebih dekat bagi memastikan apakah sebenarnya bangunan unik yang tersergam indah itu.

Hanya kewujudan bulan sabit di puncak kubahnya memberi gambaran bahawa bangunan ini sebenarnya adalah sebuah masjid selain papan tanda di pintu masuk yang jelas tertulis nama Masjid Mohamad Cheng Ho.

Seni bina dan warna tradisi kaum Cina itu juga yang menjadi identiti Masjid Mohamad Cheng Ho yang terletak di Pasuruan, Surabaya. Masjid yang mengilhamkan seni bina China itu terletak di Jalan Gading, Kecematan Genteng, Surabaya dengan lokasinya kira-kira 100 meter dari taman Makam Pahlawan Kusuma Bangsa.

Nama Cheng Ho, yang merupakan pelayar agung China diabadikan pada masjid ini merupakan penghormatan kepada Laksamana yang merupakan nakhoda tersohor oleh umat Islam di Surabaya. Ia sebagai penghormatan kepada tokoh yang beragama Islam itu yang menjadikan beberapa destinasi di Asia Tenggara sebagai lokasi persinggahan dalam misinya mengelilingi dunia.

Antara tempat yang menjadi persinggahan Cheng Ho itu ialah Surabaya. Lagi pula Laksamana itu bukan sahaja berdagang dan menjalin persahabatan tetapi turut menyebarkan agama Islam,

Peletakan batu asas masjid itu dilakukan pada 15 Oktober 2001 dan pembinaannya selesai apda 13 Oktober 2002 serta dirasmikan pada 28 Mei 2003.

Keluasan masjid ini mampu memuatkan 200 jemaah ini mempunyai lapan sisi utama dengan angka memainkan peranan utama. Angka 11 misalnya mewakili ukuran Kaabah ketika mula dibangunkan dan angka sembilan pula mewakili Wali Songo. Angka lapan membawa erti keuntungan dan kejayaan.

Gabungan seni bina China dan Arab sememangnya menjadi ciri utama Masjid Mohamad Cheng Ho yang mengambil ilham Masjiod Niu Jie di Beijing.

Pada masa sama ia turut menampilkan ciri-ciri Asia Barat seperti pada bahagian pintu utama masjid selain warisan Jawa pada tembok dan susunan batu-batanya.

Pada bahagian utara masjid terdapat replika kapal dan wajah Laksamana Cheng Ho yang mana ia sering menjadi lokasi untuk para pengunjung mengabadikan kenangan mereka berkunjung ke masjid ini.

Matlamat pembinaan replika itu ialah untuk memberitahu orang ramai bahawa Cheng Ho adalah seorang pelaut beragama Islam yang berasal dari China yang cukup taat pada agama selain merupakan utusan pendamaian yang terpuji.

Kerana keunikannya, Masjid Mohamad Cheng Ho sering menjadi tumpuan para pelancong di Surabaya terutama mereka yang sampai ke wilayah Pasuruan yang terkenal dengan pembuatan kulitnya.

Kemegahan Dar al-Islam

 

BINAAN unik Dar al-Islam tidak seperti sebuah masjid kerana ia tidak memiliki kubah dan menara.

PADA hari ini, dikatakan terdapat lebih 2,000 buah masjid di seluruh Amerika Syarikat (AS). Setiap masjid itu bukan sahaja mempunyai keunikan pada seni binanya tetapi memiliki latar belakang sejarah yang menarik.

Menurut seorang penyelidik dan pencatat seni bina masjid dari Institut Teknologi Massachusetts di Boston, Dr. Omar Khalidi berkata, daripada 1,000 buah masjid dan pusat Islam yang ditinjau pada pertengahan 1990-an, kurang daripada 100 buah adalah bangunan yang memang pada asalnya direka sebagai sebuah masjid.

“Kebanyakan daripada bangunan-bangunan itu, selain sebagai tempat solat, ia dijadikan sebagai pusat kebudayaan komuniti dengan kemudahan seperti bilik pembelajaran, perpustakaan, dewan persidangan, kedai buku, dapur dan dewan sosial.

“Ia juga mempunyai kemudahan rekreasi, pangsapuri penginapan dan dalam beberapa kes lain tempat pengurusan mayat,” kata beliau dalam artikelnya yang bertajuk, “Reka Bentuk Masjid di Amerika Syarikat” yang diterbitkan oleh Saudi Aramco World (November/Disember 2001).

Pembinaan itu mungkin sejajar dengan impian generasi kedua dan seterusnya yang mungkin lebih menggemari seni bina yang lebih inovatif dan unik bukan hanya untuk tujuan ibadah tetapi lain-lain aktiviti sosio-ekonomi.

Malah, ia juga sebagai reaksi kepada prinsip asas ajaran Islam iaitu untuk hidup dengan harmoni bersama alam sekitar dan persekitaran sesuatu tempat.

Salah satunya adalah kompleks dan masjid Dar al-Islam di Abiquiu, New Mexico dan seni binanya direka oleh Hassan Fathy, arkitek terkenal dari Mesir, manakala pembinaannya oleh tukang kayu dari Nubia.

Apa yang menariknya lagi adalah pembinaannya menggunakan kaedah yang murah serta mesra alam dengan penggunaan batu lumpur yang telah dikeringkan.

Kompleks terancang

Malah, ia merupakan kompleks terancang pertama yang direka bagi disesuaikan dengan keadaan persekitaran komuniti Islam dan bukan Islam di sekitarnya.

Pembinaan itu juga turut bercirikan kesederhanaan, ketenangan dan penyatuan dalam seni bina untuk komuniti Islam yang semakin berkembang di New Mexico.

Masjid dan kompleks itu dibina pada 1980-an sebagai pusat kebudayaan dan ibadat untuk lebih 150 keluarga Muslim yang tinggal di New Mexico.

Idea pembinaan perkampungan itu bermula pada 1978 apabila seorang arkitek kelahiran New York, Abdullah Nuridin Durkee yang melihat tentang keperluan masyarakat Islam AS untuk mendalami dan melaksanakan ajaran Islam.

Di samping, bagi membolehkan mereka hidup dalam suasana harmoni dengan penganut agama lain yang ada di sekeliling mereka iaitu Roman Katolik, Protestan, Sikh dan Presbyterians.

Apa yang penting, kewujudan Dar al-Islam itu akan melahirkan komuniti Islam yang lebih segar dengan semangat toleransi serta saling menghormati di kawasan Amerika Utara.

Hari ini masjid Dar al-Islam berdiri megah sebagai pusat ilmu serta sebahagian daripada ketamadunan Islam.

Selain daripada masjid di AS pertama yang dihasilkan dalam bentuk model, masjid Dar al-Islam itu sendiri dikenali di seluruh dunia sebagai penghubung di antara kebudayaan hari ini dan masa lampau.

Dar al-Islam membuka pintunya kepada masyarakat AS pada 1982. Menjelang 1986 , ia mempunyai 60 pelajar dan tujuh guru sepenuh masa.

Dalam pertemuan tahunannya pada 1990, Dar al-Islam mula memberi tumpuan dengan mengadakan kelas mengenai Islam yang dikhususkan untuk golongan bukan Islam.

Dipamerkan

Untuk tatapan umum, model masjid itu dipamerkan sebagai koleksi tetap di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur dan ia telah dirasmikan oleh Duta Besar AS Ke Malaysia, Joseph Y. Yun dalam satu majlis ringkas di muzium itu, baru-baru ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Yun menyifatkan usaha tersebut bukan hanya untuk memperlihatkan keindahan seni bina masjid di AS tetapi satu gambaran tentang bagaimana pesatnya perkembangan agama Islam di negara tersebut.

“Saya difahamkan sehingga kini terdapat enam hingga tujuh juta penganut agama Islam di seluruh AS dan saya pasti, jumlah itu akan terus berkembang pada masa depan,” katanya.

Syiar Islam Jerman

WALAUPUN umat Islam merupakan golongan minoriti di Jerman, tetapi syiar Islam di situ terus mendapat tempat dalam kalangan warga negara Barat itu.

Hal ini apabila Presiden Jerman, Joachim Gauck mengiktiraf komuniti Muslim sebagai salah satu warga sosial negara berkenaan dengan menegaskan tanah air adalah hak milik semua warga negara.

Malah kata beliau lagi, ia diakui apabila ribuan masjid dan pusat komuniti Islam telah dibina di seluruh negara itu, malah tiada halangan untuk mereka berbuat demikian.

Selain itu, Joachim menegaskan bahawa setiap Jabatan Teologi Islam di setiap pusat pengajian tinggi di negara itu merupakan satu pusat yang memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun negara.

“Penubuhan Jabatan Teologi Islam yang menawarkan pengajian Islam merupakan satu pragmatik kerajaan untuk tujuan masa hadapan.

“Kita percaya melalui pendidikan, setiap warga Jerman termasuk umat Islam dapat menggunakan ilmu dipelajari untuk tujuan kemajuan dan pembangunan negara,” ujar Joachim ketika melawat Pusat Teologi Islam Universiti Munster.

“Kita mahu pendidikan ini dapat diajarkan pula kepada sekolah-sekolah agama, masjid dan universiti. Sehubungan itu, kewujudan Pusat Teologi Islam penting kepadaJerman,” ujar beliau.

Dipercayai terdapat hampir 4 juta warga Islam di Jerman, termasuk seramai 220,000 berada di Berlin, sekali gus meletakkannya sebagai negara Eropah kedua selepas Perancis yang memiliki penduduk Muslim teramai.

Jumlah penganut Islam Jerman dikatakan disumbangkan dengan kehadiran rakyat Turki yang berhijrah ke negara itu sejak dekad lalu. Namun begitu, tanggapan negatif terhadap komuniti Muslim Jerman muncul sejak kebelakangan kerana wujudnya perdebatan hangat mengenai imigrasi Islam ke negara itu.

Menerusi satu tinjauan baru-baru ini oleh Universiti Munster mendapati bahawa Jerman melihat umat Islam lebih negatif daripada jiran-jiran mereka di Eropah. Begitu pun ucapan dikeluarkan oleh pemimpin utama negara itu, sedikit sebanyak telah meredakan ketegangan yang melanda itu.

Baghdad bekas pusat ilmu Islam

Disediakan oleh BAHAGIAN ANALISA dan PENYELIDIKAN, YAYASAN DAKWAH ISLAM MALAYSIA

Istana Al-Faw iaitu tempat tinggal Presiden Iraq, Saddam Hussein sebelum ini dijadikan kem tentera sementara Amerika Syarikat sebelum diserahkan kepada kerajaan Iraq, akhir tahun ini.

DAHULU, wilayah Iraq disebut Mesopotamia, salah satu tempat lahirnya peradaban paling tua. Nama Mesopotamia berasal daripada sebutan orang Yunani bagi wilayah itu.

Di negara itu pernah bertapak kerajaan besar seperti Assyria, Babylon dan Parsi. Setelah ditakluki oleh orang Islam, kawasan itu menjadi tempat pendudukan kekhalifahan Abbasiah (750-1258) sebelum jatuh ke tangan orang Mongol, Turki dan Inggeris.

Ketika Iraq di bawah kekuasaan Abbasiah, ia mengalami kemajuan yang cukup pesat seperti dalam bidang ekonomi, ilmu pengetahuan, pembinaan dan teknologi, kesenian, sastera serta politik.

Kemajuan dalam bidang ekonomi dan perdagangan membawa kesan kepada kemajuan ilmu pengetahuan, falsafah dan kebudayaan Islam.

Arab dan Kurdis

Penduduk Iraq terdiri daripada beberapa kumpulan etnik. Antara kumpulan etnik terbesar termasuklah Arab (75 peratus-80 peratus) dan Kurdis (15 peratus-20 peratus). Kumpulan etnik kecil lain seperti Tukorman dan Assyria.

Selain bahasa Arab (bahasa rasmi), penduduk Iraq juga menggunakan bahasa Turki Kurdis, Parsi, Assyria dan Armenia. Kira-kira 25 peratus daripada penduduk Iraq tinggal di kawasan perkampungan sebagai petani.

Syiah dan ahli sunnah

Sebanyak 97 peratus rakyat Iraq menganut agama Islam, 60-65 peratus daripadanya berfahaman Syiah, 32-37 peratus lagi ahli sunnah, tiga peratus menganut agama Kristian dan lain-lainnya.

Dahulu, agama menjadi punca keretakan hubungan. Konflik sering terjadi antara aliran Ahli Sunnah dengan Syiah. Laungan yang mengungkap luapan perasaan dalam upacara keagamaan boleh memanaskan suasana, bahkan perarakan dapat mencetuskan rusuhan.

Namun pada masa ini, permusuhan antara golongan Syiah dengan ahli sunnah telah berkurangan. Hubungan persahabatan antara kedua-dua kumpulan semakin baik.

Pemerintahan

Iraq adalah sebuah negara republik. Pemerintahannya diketuai oleh seorang presiden. Presiden menjadi panglima tertinggi angkatan bersenjata dan ketua Majlis Revolusi.

Dewan itu terdiri daripada para pimpinan dewan. Setiap wilayah dipimpin oleh gabenor yang dilantik oleh Menteri Dalam Negeri.

Di samping kehakiman umum, terdapat juga kehakiman agama yang menangani masalah status perseorangan dan masalah agama berdasarkan hukum Islam tradisional.

Selain itu, terdapat kehakiman agama bagi penganut Kristian dan Yahudi.

Pada zaman Bani Abbasiyah, Baghdad merupakan salah satu pusat ilmu yang banyak melahirkan ulama. Wilayah Iraq ditakluki tentera Arab Islam pada 633-637. Mereka membawa ajaran Islam dan bahasa Arab.

Musanna bin Harithah

Penaklukan Iraq pertama kali berlaku pada zaman Khalifah Abu Bakar al- Siddiq melalui angkatan yang dipimpin oleh Musanna bin Harithah. Tentera Islam di bawah kepimpinannya menakluki wilayah barat Sungai Furat.

Kemudian Abu Bakar sekali lagi mengirim tentera yang jumlahnya lebih besar di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid. Khalid yang menyerang dari arah utara dan menguasai kota Hirah dan pelabuhan al-Ubullah di Teluk Arab.

Sa’ad bin Abi Waqqas

Penaklukan kedua dan ketiga ke wilayah Iraq berlaku pada zaman Khalifah Umar bin al- Khattab. Semasa penaklukan kedua, serangan diarahkan ke utara Baghdad yang disebut Ard al-Sawad. Pertempuran itu disertai banyak panglima tentera Islam terbaik, antara lain Sa’ad bin Abi Waqqas (panglima paling berjaya dan paling luas taklukannya).

Semasa penaklukan ketiga, tentera Islam dipimpin oleh Iyad bin Ganam yang menyerang daerah yang dikuasai oleh bangsa Rom, yang disebut Ard al-Jazirah (tempat pertempuran antara tentera Parsi dengan Rom).

Ketika itu, tentera Islam menguasai kota-kota penting, seperti al-Raqqahdan al-Ruha. Setelah itu, mereka menyerang wilayah Armenia dan sekitarnya.

Pengembangan ilmu pengetahuan

Ketika Bani Abbasiah memerintah Iraq, wilayah itu mengalami kemajuan dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Hal itu memberikan kesan kepada pengembangan ilmu pengetahuan.

Pengembangan ilmu pengetahuan di Iraq dilakukan dengan beberapa cara. Cara pertama adalah penterjemahan buku-buku Yunani, Parsi, Syria, India dan Qibti ke bahasa Arab.

Selepas itu, para sarjana Islam membuat ulasan terhadap buku-buku yang diterjemahkan itu. Cara selanjutnya adalah menubuhkan pusat pendidikan dari peringkat dasar hingga peringkat tinggi, seperti Madrasah Nizamiyah.

Mengimbas kegemilangan Samarra

Masjid Besar Samarra, Iraq.

BAGHDAD pernah dijadikan oleh kerajaan Abbasiyah sebagai pusat pemerintahan. Kota itu bernama Samarra yang berasal daripada kata Surur Man Ra’a, seperti yang tertulis pada matawang Abbasiyah.

Samarra didirikan di atas runtuhan kota bekas kekuasaan Byzantium yang hancur kerana peperangan. Di bawah kekuasaan Islam, Samarra dibina kembali oleh khalifah pertama Abbasiyah, Abu Abbas al-Saffah, dan usaha itu diteruskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid.

Namun pembangunan besar-besaran dilakukan oleh Khalifah al-Mu’tasim pada 221 H/ 836 M.

Samarra kemudian menjadi pusat pemerintahan ketujuh khalifah Abbasiyah dan kota kebanggaan dengan istananya yang indah. Namun setelah para khalifah kembali ke ibu kota lama, Baghdad, Samarra mulai jatuh.

Disebut Sa’ Man’ Ra’a , keindahannya, Samarra diberi nama Surur Man Ra’a atau Surra Man Ra’, (menyenangkan orang melihatnya). Namun setelah ditinggalkan dan tidak lagi menjadi ibu kota Abbasiyah, kota itu mengalami kejatuhan sehingga diberi gelaran Sa’ Man Ra’a, dibaca Sa’marra’ (tidak menyenangkan orang yang melihatnya). Sehingga sekarang nama Samarra itulah yang dikenal orang.

Pemindahan ibu kota Abbasiyah dari Baghdad ke Samarra berpunca daripada perselisihan antara penduduk Baghdad dengan warga Turki yang dibawa masuk oleh Khalifah al- Mu’tasim, seorang keturunan Turki sebelah ibunya.

Untuk mengelakkan perselisihan itu, Khalifah al- Mu’tasim akhirnya memindahkan pusat pemerintahan ke Samarra dan membangunkan prasarana yang lengkap di sana. Setelah al- Mu’tasim meninggal dunia, Samarra tetap dijadikan ibu kota oleh enam khalifah berikutnya. Bahkan, Khalifah al-Mu’tawakkil dan al-Muntasir mengindahkan lagi Samarra dengan membina taman tasik buatan dan padang.

Matawang peninggalan Khalifah al-Muu’tasim dan Khalifah al-Mutawakkil menunjukkan ketinggian peradaban Kerajaan Abbasiyah.

Samarra berada kira-kira 100km di sebelah utara kota Baghdad, terletak di tepi timur Sungai Tigris, di antara Baghdad denganTikrit.

Pada 889 M, ibu kota Abbasiyah kembali ke Baghdad. Keagungan kota Samarra mulai pudar sejak abad ke-10. Kini kemegahan kota yang sering disebut oleh para penjelajah Islam zaman silam sudah tidakkelihatan lagi. Tidak ada bangunan yang berdiri teguh kecuali Masjid Besar Samarra. Namun kemasyhuran Samarra menarik minat ahli kajipurba untuk mengkajinya.

Masjid Besar Samarra yang dibina olehKhalifah al-Mutawakkil memiliki ciri khas senibina Timur Tengah. Ketika semua bangunan lain di Samarra telah runtuh, masjid ini tetap berdiri kukuh. Dalam gambar kelihatan Menara Malwiya yang mempunyai bentuk berpilin, sebahagian daripada Masjid Besar Samarra.

Setelah dikuasai Islam, kota Samarra semakin indah dengan terbinanya istana oleh tujuh khalifah Abbasiyah. Para khalifah tersebut seakan-akan berlumba-lumba membina istana yang indah dan mengagumkan. Khalifah al- Mu’tasim membina istana al-Jawasaq dan Khalifah al-Wasiq membina istana al-Haruni. Khalifah al-Mutawakkil sempat membina 24 istana. Antaranya Balkawari, al-Arus, al-Mukhtardan al-Wahid. Sementara al-Mu’tamid, khalifah terakhir yang memerintah di Samarra, membina istana al-Ma’syuq.

Daripada hasil penyelidikan ahli kaji purba didapati bahawa seni bina Islam bermutu tinggi pernah berkembang di Samarra. Pelbagai unsur dan gaya seni bangunan berpadu dengan perancangan kota Samarra. Contohnya ialah gerbang utamakota yang dinamai Abu Dulaf. Gaya senibina gerbang ini berbentuk melengkung, tidak membulat seperti yang biasa (gaya Gothik) tetapi meruncing dan tertumpu pada satu titik. Gaya senibina ini merupakan salah satu ciri khas dalam Islam.

Caravansary penginapan sementara pedagang

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

 

Keindahan laman atau sahn sebuah kompleks Karavanserai Shah Abbas yang kini dijadikan sebuah hotel di Isfahan, Iran.

 

ISLAM amat kaya dengan khazanah lama yang cukup mengagumkan atau mampu mencetuskan kehairanan masyarakat hari ini. Ini kerana masyarakat Islam dahulu mampu membina apa juga bentuk binaan bagi menzahirkan seni bina yang sangat tinggi.

Ini termasuklah aspek institusi penting yang mesti ada dalam melengkapkan sesebuah tamadun, empayar dan kerajaan yang hebat.

Begitu juga dengan konsep Caravansary yang dikhususkan sebagai tempat persinggahan golongan pedagang

Pernahkah anda mendengarnya sebelum ini? Ini apabila kita dibuai halwa telinga dengan keindahan instrumental hebat karya Kitaro, iaitu sebuah lagu yang dijudulkan Caravansary.

Sedari itu apabila kita mencari makna perkataan tersebut, rupa-rupanya ia tidak sekadar sebuah lagu. Ia adalah satu institusi penting peninggalan zaman Islam yang dirakam keunikan dan keindahannya oleh Kitaro, pemuzik hebat dari negara Matahari Terbit, untuk album Silk Road IV.

Apakah makna Caravansary itu sendiri? Caravansary atau disebut sebagai Khan berasal daripada perkataan Parsi dan Turki iaitu Karvansara atau Kervansaray. Iaitu gabungan perkataan Karvan (caravan) dan Sara (yang bermakna istana, bangunan dengan laman yang terbuka). Dalam Istilah biasa, Caravansary bermaksud khafilah atau kumpulan pedagang yang mengembara.

Caravan seperti mana yang kita ketahui bermaksud sekumpulan para pedagang atau saudagar, pengembara untuk mengerjakan haji, menuntut ilmu dan para pengembara lain yang berkelana jauh dari segenap pelosok negeri untuk sampai ke pelbagai destinasi.

Malah dalam bahasa Arab, institusi Caravansary ini dikenali sebagai funduq atau fundaco dalam bahasa Itali yang lazimnya boleh ditemui di Bandar Perdagangan terkemuka dunia, Venice.

Sudah menjadi tanggungjawab penting kepada pemerintah Islam ketika itu bagi mendirikan Caravansary ini sebagai kemudahan kepada mereka yang berdagang dan mengembara.

Caravansary merupakan sebuah binaan atau kompleks bangunan dengan pengaruh seni bina Parsi yang dibina khas untuk menjadi penginapan sementara kepada para pedagang dan pengembara sekitar abad ke-16 hingga ke-19 Masihi.

Ini bagi membolehkan mereka berhenti berehat dan bermalam sebelum meneruskan perjalanan yang lazimnya memakan masa berbulan-bulan lamanya.

Jika pada istilah sekarang ia seperti rumah penginapan, rumah tumpangan atau motel. Namun Caravansary lebih daripada sekadar rumah tumpangan atau motel.

Caravansary adalah sebuah kompleks yang turut sibut dengan aktiviti. Ia tidak pernah sunyi, tidak pernah tidur kerana berlangsungnya pelbagai urusan perniagaan.

Ia juga medan pertemuan utama para pedagang dan pengembara untuk berkongsi kisah suka duka yang mereka tempuh sepanjang perjalanan sama ada jauh mahupun dekat.

Untuk lebih tepat lagi Caravansary adalah sebahagian penemuan kisah penting dalam semua catatan pengembaraan yang sangat terkenal, iaitu Laluan Sutera (Silk Road). Pengembaraan yang bermula dari selatan benua Eropah, benua Afrika Utara, membawa ke Timur Tengah, Asia Tenggara sehinggalah ke destinasi terakhirnya, negara China.

Sepanjang perjalanan dan pengembaraan itu, para pedagang akan menemui ratusan Caravansary di setiap perhentian untuk melepaskan lelah.

Malah jika bercadang berada lama di situ didirikan juga gerai-gerai kecil yang menjadikan Caravansary sebagai sebuah kompleks perniagaan.

Di sinilah para pedagang dan pengembara merehatkan badan mereka selepas menempuh perjalanan jauh selain memberi makan haiwan yang menjadi kenderaan perdagangan, membasuh pakaian malah sehinggalah mereka berpesta, bersuka ria dengan pelbagai jenis hiburan tradisi dari pelbagai etnik dan budaya sehinggalah menjadi tempat untuk beribadat, mendirikan solat!

Demikianlah pelbagai fungsi binaan yang bernama Caravansary, yang menghidupkan, sama ada kehidupan malam mahupun siang di kebanyakan kota utama Islam sepanjang Laluan Sutera itu.

Institusi yang sangat menepati konsep melting pot masyarakat Timur dan Barat bagi membolehkan semua yang berada di situ merupakan satu komuniti kecil dunia yang terdiri keindahan dan keunikan pelbagai warna bahasa, bangsa dan budaya.

Sehinggalah dalam syair atau Rubaiyat Omar Khayyam (Stanza 17, Edisi ke 5) ada digambarkan mengenai Caravansary ini dalam karya agungnya, iaitu: Think, in this batter’d Caravansary Whose Portals are alternate Night and Day, How Sultan after Sultan with his Pomp, Abode his destined Hour and went his way.

Caravansary seperti diakui oleh ramai pencinta seni bina adalah sebahagian khazanah Islam yang dibina dengan standard binaan yang tinggi, penuh estetika seni, keunikan dan keindahan yang tidak terperi kerana fungsinya yang sama penting seperti masjid, madrasah, istana, muzium dan sebagainya.

Sayangnya, ia kini tinggal sebagai satu kenangan khazanah Islam. Sesetengahnya hanya tinggal dalam bentuk runtuhan atau terbiar tanpa sebarang pemuliharaan.

Bandaraya Istanbul

  Lokasi Geografinya:
– Istanbul adalah merupakan salah sebuah bandar terbesar di Turki sekarang ini.
– Penduduknya menjangkau lebih dari 10.5 juta orang.
– Istanbul juga dianggap sebagai salah sebuah bandar persisiran pantai yang terbesar di samping kedudukannya yang paling strategik kerana ia menjadi penghubung di antara benua Asia dan Eropah.
– Suatu ketika dahulu Istanbul adalah merupakan sebuah bandar kecil yang dinamakan Bizantium kemudian ia diperintah oleh Maharaja Rom yang bernama Constantin I kerana terpikat kepada lokasi geografinya yang sangat baik seterusnya bandar Istanbul diisytiharkan sebagai ibu negara Empayar Rom pada tahun 330 Masihi. Setelah itu ia dikenali dengan nama Constantinople nisbah kepada Maharaja tersebut.
– Maharaja Constantin membina benteng yang sangat besar di sekitar bandar ini sebagai kubu dan bandar Constantinople mampu bertahan selama 1123 tahun menjadi ibu negara Empayar Rom.

Percubaan untuk membuka Istanbul:
– Pada awal zaman pemerintahan Islam terdapat beberapa percubaan untuk membuka bandar ini. Umat Islam sangat prihatin terhadap bandar ini kerana mereka ingin menyahut seruan Nabi s.a.w di mana baginda bersabda: “Bandar Constantine pasti akan dapat dibuka dan sebaik-baik panglima tentera adalah panglima yang berjaya mengarahkan tentera untuk membuka bandar tersebut manakala sebaik-baik tentera pula adalah tentera yang berjaya membuka bandar tersebut.”
– Percubaan pertama untuk mengepung bandar Constantinople telah berlaku pada tahun (34 Hijrah / 654 Masihi) iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Ar-Rasyid Othman bin Affan, di mana beliau telah menghantar Muawiyah bin Abi Sufian r.a untuk mengetuai pasukan tentera dengan jumlah yang begitu ramai untuk mengepung bandar Constantinople kemudian membukanya. Walau bagaimanapun percubaan tersebut gagal dilaksanakan kerana terdapat benteng penghalang di sekeliling bandar Constantinople.
– Rentetan dari itu terdapat beberapa lagi percubaan di mana dua percubaan yang terpenting ialah: Percubaan pertama yang berlaku pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian r.a di mana di dalam percubaan ini Abu Ayyub Al-Ansari meninggal dunia kemudian dia dikebumikan di benteng bandar Constantinople. Manakala percubaan kedua di mana ia adalah merupakan percubaan yang sangat penting. Ia berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Beliau telah menghantar pasukan tentera yang terdiri dari 120 ribu orang tentera dan hampir 100 unit tentera laut menuju ke arah bandar Constantinople untuk mengepungnya. Bilangan tentera yang sebegitu ramai juga mengalami pelbagai masalah dan kesulitan kerana cuaca terlalu sejuk. Keadaan tersebut menjadikan usaha untuk membuka bandar Constantinople bertambah sulit. Kemudian Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik meninggal dunia seterusnya beliau diganti oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz rahimahullah untuk memegang teraju pemerintahan. Setelah itu beliau meminta supaya tentera pulang kerana bimbang mereka akan binasa begitu sahaja.
– Bandar Constantinople masih tidak dapat dibuka sehinggalah tertegak kerajaan Othmaniah. Kemudian pemerintah kerajaan Othmaniah pula membuat percubaan untuk membukanya. Percubaan tersebut telah beberapa kali dilakukan oleh Sultan-sultan kerajaan Othmaniah di mana percubaan pertama telah dilakukan pada zaman pemerintahan Sultan Beyazid I, tetapi percubaan tersebut juga tidak berjaya kerana mereka terpaksa menghadapi serangan tentera Salib menyerang negara Othmaniah dengan menggunakan peluang tersebut. Di samping itu mereka juga terpaksa menghadapi suasana yang sangat mencemaskan daripada Monggol yang datang untuk menyerang negara Othmaniah dari arah timur.

Pembukaan kawasan Islam:
– Pada zaman pemerintahan Sultan Al-Azim Muhammad II bin Murad II, kerajaan Othmaniah membuat percubaan sekali lagi untuk membuka bandar Constantinople dengan menghantar pasukan tentera yang terdiri dari 265 ribu orang tentera dengan membawa sebuah meriam besar. Pasukan tentera tersebut yang diketuai oleh Sultan Muhammad II kemudian diikuti oleh barisan orang-orang yang alim, ulama dan pembesar negara, semuanya menuju ke arah bandar Constantinople di bawah hujan api dan panah. Dengan keberkatan yang diberikan oleh Allah, tentera Islam berjaya memecahkan tembok bandar Constantinople, kemudian pasukan mereka terus menyerbu ke tembok tersebut seperti aliran air bah. Setelah itu Sultan Muhammad II memasuki bandar Constantinople untuk membukanya pada hari Selasa 20 Jamadilawal tahun 857 Hijrah / 29 Mei 1453 Masihi. Semenjak tarikh tersebut Sultan Muhammad mula digelar dengan Sultan Muhammad Al-Fatih menyebabkan gelaran tersebut menjadi sangat terkenal sehingga mengalahkan nama asalnya. Semasa dia memasuki bandar tersebut beliau turun dari kudanya kemudian melakukan sujud syukur kepada Allah s.w.t seterusnya beliau pergi ke gereja Aya Sofia lalu memerintahkan supaya gereja tersebut ditukar menjadi masjid.
– Sejak dari tarikh tersebut bandar Constantinople mula menjadi ibu negara dan pusat pemerintahan kerajaan Othmaniah. Kemudian Sultan Muhammad menamakan bandar tersebut dengan nama (Islam Bol) yang bermaksud: Negara Islam. Setelah itu diubah pula menjadi Istanbul.
– Sultan Muhammad memperlihatkan sikap toleransi yang sangat tinggi terhadap penduduk bandar tersebut di mana dia memberikan kebebasan kepada orang-orang Kristian dan meminta orang-orang Yunan yang lari meninggalkan bandar ketika kepungan dibuat supaya pulang semula ke sana.
– Prihatin yang diberikan terhadap Istanbul yang telah menjadi sebuah bandar baru dan berkembang menjadi sebuah pusat tamadun dan aliran pemikiran pertama di dalam dunia Islam terus diberikan. Perkembangan tersebut dicapai kerana Sultan-sultan kerajaan Othmaniah sentiasa berlumba-lumba untuk memakmurkannya serta berusaha membawa masuk pekerja yang mahir dan pakar kesenian ke sana yang diambil dari seluruh pelusuk negara.

Kejatuhan kerajaan Othmaniah dan rampasan Istanbul:
– Selepas kejatuhan kerajaan Othmaniah di dalam peperangan dunia pertama, pasukan bersekutu berjaya merampas Istanbul di dalam jangka masa di antara tahun (1337 Hijrah / 1913 Masihi) sehingga tahun (1341 Hijrah / 1922 Masihi), kemudian Ataturk memindahkan bandar dari Istanbul ke Ankara setelah Istanbul menjadi ibu negara pemerintahan kerajaan Othmaniah selama lima kurun.